Tutup

Berita  | Dunia

Arab Saudi gagal bela Yaman, masyarakat Islam Australia boikot industri haji

Arab Saudi gagal bela Yaman, masyarakat Islam Australia boikot industri haji
Setiap tahun, lebih daripada 2.3 juta orang Islam tiba di Mekah bagi menunaikan ibadah haji, membawa masuk pulangan sebanyak 8 bilion dolar AS bagi ekonomi Arab Saudi. - Bernama
AKIBAT kegagalan kerajaan Arab Saudi dan sekutu di tanah Arab lain yang tidak dapat membela Yaman, masyarakat Islam antarabangsa terutamanya di Australia memboikot rukun Islam kelima, iaitu menunaikan ibadah haji di Mekah.

Menurut portal berita SBS, Mufti Besar Libya telah mengeluarkan satu kenyataan pada April lalu, menyeru masyarakat Islam sedunia untuk memboikot industri haji atas sebab tindakan-tindakan kerajaan Arab Saudi yang melanggar hak-hak kemanusiaan.
Sementara itu, ulama terkemuka Yusuf al-Qaradawi juga telah mengeluarkan fatwa supaya orang Islam lebih mengutamakan ibadah fardu kifayah seperti memberi makan kepada orang miskin, mengubati mereka yang sakit dan memberi perlindungan kepada gelandangan, daripada mengeluarkan wang yang banyak untuk menunaikan haji.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengkategorikan situasi di Yaman sebagai 'krisis kemanusiaan yang paling teruk di dunia'.
Menurut laporan PBB, 3.2 juta warga Yaman termasuk 2 juta kanak-kanak sedang mengalami masalah malnutrisi yang kritikal.

BACA: Amal Hussein, 'wajah kebuluran' Yaman meninggal

BACA: Pemberontak Houthi Yaman lancar serangan ke atas lapangan terbang dan stesen jana kuasa Arab Saudi


Pensyarah UUM, Mukhriz Mat Rus berkata bahawa mempertahankan hak kemanusiaan juga merupakan satu bentuk ibadah, dan tidak wajar bagi umat Islam mengetepikan isu-isu politik seperti ini.

Setiap tahun, lebih daripada 2.3 juta orang Islam tiba di Mekah bagi menunaikan ibadah haji, sekali gus membawa masuk pulangan sebanyak AS$8 bilion bagi ekonomi Arab Saudi.

Industri haji merupakan industri kedua terbesar Arab Saudi selepas industri hidrokarbon, serta merangkumi 25 hingga 30 peratus daripada pendapatan sektor swasta.

Sementara itu, Lembaga Tabung Haji mencatat pulangan sebanyak RM1.3 bilion menerusi pelaburan aset, hartanah dan sektor kewangan Islam pada awal tahun ini.

BACA: Tabung Haji catat prestasi kewangan separuh pertama 2019 lebih baik


Tag: Yemen, PBB, Tabung Haji, Islam, fatwa, Arab Saudi, ekonomi, politik, kerajaan, pelaburan, mekah, Haji, boikot



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.