Seorang artis dari Itali, Dario Gambarin akhirnya berjaya menyiapkan karya terbaharunya iaitu sebuah lukisan potret pejuang hak asasi, Martin Luther King di atas sebuah kawasan padang di Castagnaro berhampiran Verona pada Rabu.

Gambarin mengambil masa selama tujuh jam bagi menyiapkan karyanya itu bersempena ulangtahun kematian pemilik anugerah ikon hak asasi manusia itu yang ke-50.

Beliau menggunakan pelbagai jenis traktor dan pembajak bagi menyiapkannya.

Bagaimanapun wajah Dr King yang berukuran 120 meter itu akan dipadamkan dalam masa beberapa hari untuk memberi ruang kepada kerja-kerja menyemai benih tanaman di kawasan tersebut.

Gambarin sebelum ini juga pernah melakarkan wajah Nelson Mandela, Pope Francis dan Barrack Obama.