Sebuah pesawat Philippine Airlines yang baru 20 minit dalam penerbangan menuju Haneda, Tokyo terpaksa berpatah balik ke Manila pada Isnin selepas anak kapalnya mengesan asap di dalam ruang kabin.
Pesawat yang membawa seramai 235 orang itu telah mendarat dengan selamat dan tanpa sebarang laporan kecederaan.
Jurucakap penerbangan Ciello Villaluna berkata, pesawat A340-300 dengan 222 penumpang dan 13 anak kapal itu perlu berpatah balik kerana ‘faktor teknikal’.
Tambahnya, pesawat telah diperiksa untuk mengenal pasti punca ia terpaksa kembali mendarat di Manila, manakala penyebab asap tersebut masih belum diketahui.
Penumpang akan menaiki penerbangan ganti pada sebelah petang hari ini.
Minggu lalu, juruterbang Saudi Arabian Airlines secara tidak sengaja menekan butang amaran rampasan pesawat dalam penerbangan yang menghampiri lapangan terbang Manila, sekali gus memberi isyarat kepada pasukan keselamatan termasuk anggota komando untuk bertindak sewaktu ia mendarat.
Agensi
Mon Sep 26 2016
Pesawat yang membawa seramai 235 orang itu telah mendarat dengan selamat dan tanpa sebarang laporan kecederaan. - Gambar fail/AFP
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Pesawat SpiceJet terpaksa berpatah balik ada asap dalam kabin
Sebuah pesawat SpiceJet pada Sabtu terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang di New Delhi selepas anak kapal mengesan asap di dalam kabin, menurut pegawai.
Asap dikesan dalam kabin, pesawat Philippine Airlines berpatah balik ke Manila
Pesawat berkenaan baru saja 20 minit berlepas dari Manila menuju lapangan terbang Haneda di Tokyo.
Pesawat Air India berpatah balik ke Delhi selepas asap dikesan dalam kabin
Jurucakap penerbangan tersebut memberitahu, pendaratan tersebut adalah sebagai tindakan pencegahan selepas kru kabin memberitahu mengenai masalah tersebut.