Sebuah asteroid sebesar padang bola sepak dikenal pasti hampir melanggar Bumi pada Ahad lepas.

Menurut laporan daripada Agensi Aeronautik dan Pentadbiran Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), asteroid sepanjang 110m itu menghampiri Bumi pada jarak 192,500km iaitu jarak yang separuh daripada kedudukan planet kita dengan Bulan.

Berdasarkan pemerhatian NASA, asteroid yang dikenali sebagai '2018 GE3' itu direkodkan sebagai asteroid yang paling hampir melepasi Bumi.

Memetik laporan Earthsky.org, asteroid itu mempunyai bentuk seperti pesawat Apollo dan bergerak dengan kelajuan 66,174 batu setiap jam.

"Sekiranya asteroid itu memasuki kawasan atmosfera Bumi, sebahagian besar kawasan kita akan musnah akibat pergeseran dengan angin," kata laporan itu.

Asteroid '2018 GE3' mempunyai keluasan besar, iaitu tiga hingga enam kali daripada saiz batu meteor yang mendarat di Chelyabinsk, Russia pada Februari 2013.

Asteroid '2018 GE3' pertama kali dikenal pasti di Catalina Sky Survey di Arizona.