Sebuah taman di Tokyo menjadi lokasi siasatan kes pembunuhan selepas beberapa bahagian dari anggota tubuh badan manusia ditemui terapung di dalam sebuah kolam pada Khamis, lapor AFP.

Menurut pihak berkuasa, penyiasat telah menjumpai bahagian kaki, kepala dan sebahagian dari badan mayat manusia di kolam sedalam tiga meter itu.

Polis juga telah mengesahkan penemuan tersebut, namun enggan memberi maklumat lanjut mahupun membuat spekulasi tentang bagaimana mayat boleh berada.

"Sama ada kejadian itu suatu jenayah atau tidak, belum disahkan lagi," kata jurucakap polis kepada AFP.

Menurut stesen penyiaran NHK pula, bahagian mayat tersebut telah reput teruk sehingga umur dan jantinanya tidak dapat ditentukan lagi.

Bagaimanapun, menurut agensi berita Kyodo, polis percaya bahagian tubuh yang terpisah itu milik orang dewasa.

Menurut laporan, tiada sebarang pakaian mahupun kasut dijumpai di kolam tersebut, dan polis juga sedang bahagian anggota badan yang lain.

"Ini merupakan sebuah taman yang tenang, di mana kanak-kanak sering bermain. Saya terkejut," kata seorang penduduk.