Proses pemindahan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Baitulmaqdis tidak akan berlaku sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun lagi, kata Setiausaha Negara itu, Rex Tillerson.

Katanya tindakan itu bukan sesuatu yang boleh dilakukan dalam masa terdekat.

"Kami perlu memperolehi kawasan, membangunkan pelan bangunan, pelan pembinaan dan kemudian sebenarnya membina satu kedutaan. Jadi ini bukan sesuatu yang akan berlaku tahun ini atau tahun depan.

"Tetapi presiden (Trump) mahu kami berpindah ke lokasi strategik dan memastikan kedutaan terletak di Baitulmaqdis secepat mungkin," katanya di Paris bersama Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian.

BACA: PBB kutuk keputusan Trump iktiraf Baitulmaqdis ibu negara Israel

BACA: Baitulmaqdis: Dua warga Palestin maut dalam tunjuk perasaan anti Israel

BACA: Amerika Syarikat secara rasmi iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Tillerson turut mempertahankan tindakan Trump memindahkan kedutaan AS sambil disifatkan ia bukanlah status akhir Baitulmaqdis.

Pertindihan apabila rakyat Palestin mahu timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara mereka pada masa depan manakala Israel pula mengatakan bandar itu yang berada di bawah pendudukan rejim zionis tersebut, tidak boleh dibahagikan.