Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di Place De La Republique di tengah-tengah ibu kota Paris di Perancis bagi membantah kehadiran Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan juga terhadap deklarasi awal minggu ini oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmuqadis sebagai ibu kota Yahudi.

Namun ketegangan memuncak apabila penunjuk perasaan pro-Israel menghampiri perhimpunan itu dengan membawa bendera Israel dan A.S.

Polis bagaimanapun berjaya mengawal keadaan dan memisahkan kedua-dua kumpulan.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh gabungan persatuan Palestin termasuk dari Europalestine, UJFP dan organisasi politik lain seperti Ensemble dan NPA.

Netanyahu dijangka bertemu dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron di Paris minggu ini.