Ratusan penunjuk perasaan melakukan protes secara aman di ibu kota Perancis, Paris pada Ahad.

Ia dianjurkan bagi membantah pengumuman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk memindahkan kedutaan negara itu dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Mereka menyifatkan pengisytiharan tersebut adalah bertentangan dengan resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel juga dilihat sebagai satu cubaan menafikan kewujudan dan hak asasi rakyat Palestin.

Perhimpunan itu pada mulanya ingin diadakan di kedutaan Amerika Syarikat di Paris namun pihak polis memberikan mereka lpkasi pilihan lain.

Namun pihak penganjur berkeras dan akhirnya perhimpunan itu berlangsung sekitar di Place De Chatelet di pusat bandar Paris.