Pendakwa raya Brazil membuka kertas siasatan ke atas tiga buah penjara di Goias selepas rakaman video menunjukkan pengawal penjara berkenaan mendera banduan.

Kejadian dipercayai berlaku di antara 2014 dan 2015, namun hanya dibawa ke perhatian pihak berkuasa selepas ia disiarkan media tempatan awal minggu ini.

Dalam rakaman video berkenaan, beberapa pengawal dilihat berulang kali menggunakan pistol pegun (stun gun) ke atas banduan yang sudah pun menyerah diri.

Pengawal penjara juga dilihat merakam sambil menembak banduan yang sedang tidur dalam buaian lokap.

Pendakwa Raya Goias, Luciano Miranda menganggap rakaman video itu sebagai "bukti huru-hara dalam sistem penjara."

Keganasan sering meletus dalam penjara yang penuh sesak di Brazil sehingga menyebabkan banduan terkorban.