Sebuah bangunan kediaman setinggi lima tingkat runtuh di ibu kota Nairobi awal pagi Ahad.

Menurut Palang Merah Kenya, empat mangsa berjaya diselamatkan setelah bangunan di Huruma Estate itu runtuh secara tiba-tiba pada jam 1.30 pagi waktu tempatan.

Setakat ini bilangan mangsa yang masih terperangkap atau maut masih belum diketahui.

Timbalan Pengarah Unit Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMU) Pius Masai menyeru semua pasukan mencari dan menyelamat membantu dalam operasi.

Pada bulan lepas, Kenya mengalami hujan lebat luar biasa sejak Mac menyaksikan 170 terbunuh manakala 225,000 yang lain kehilangan tempat tinggal dalam banjir.

Kejadian runtuhan bangunan di Nairobi merupakan perkara biasa bagi penduduk setempat.

Lembaga Pembinaan Negara juga melaporkan 58 peratus bangunan di Nairobi tidak selamat untuk diduduki.