Berita  | Dunia

Banjir kilat di Jordan, pelajar sekolah antara yang terkorban

Banjir kilat di Jordan, pelajar sekolah antara yang terkorban
Majoriti yang terbunuh merupakan pelajar sekolah yang sedang dalam rombongan ke kolam air panas Zara Maeen bersama guru mereka.
AMMAN: Sekurang-kurangnya 10 maut sementara 37 yang lain hilang, dikhuatiri lemas selepas banjir kilat melanda kawasan berhampiran Laut Mati di Jordan.

Menurut pihak berkuasa, 11 yang lain berjaya diselamatkan.

Majoriti yang terbunuh merupakan pelajar sekolah yang sedang dalam rombongan ke kolam air panas Zara Maeen bersama guru mereka.
Hujan lebat berterusan mengakibatkan air di kawasan berkenaan naik mendadak.

Jurucakap Kementerian Pelajaran, Walid Jallad memaklumkan, operasi menyelamat melibatkan pasukan dari agensi-agensi kerajaan yang berbeza serta beberapa helikopter penyelamat dan bot, penyelam marin bagi mencari dan menyelamat mangsa yang masih terperangkap.

“Operasi menyelamat melibatkan pasukan dari agensi-agensi kerajaan yang berbeza serta beberapa helikopter penyelamat dan bot, penyelam marin bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap dan mencari mereka yang hilang," ujarnya.


Bagaimanapun, butiran lanjut mangsa yang maut masih belum diperolehi.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Jordan, Omar Razza dalam reaksi segeranya mengarahkan agensi-agensi kerajaan menyediakan semua bantuan yang diperlukan bagi memastikan keselamatan pelajar.

Angka korban dijangka meningkat susulan ramai mangsa dihanyutkan arus deras.