Berita  | Dunia

Banjir Ohio tahap cemas, sungai pada paras tertinggi dalam 20 tahun

Banjir Ohio tahap cemas, sungai pada paras tertinggi dalam 20 tahun
Banjir menyebabkan beberapa jalan sepanjang Ohio tengah dan selatan Ohio ditutup. REUTERS
CINCINNATI: Hujan lebat semalaman menyebabkan sungai Ohio di Cincinnati meningkat ke paras tertinggi dalam 20 tahun.

Perkhidmatan cuaca kebangsaan berkata, paras sungai tersebut dijangka kekal di atas paras banjir sehingga akhir minggu ini.

Hujan lebat berukuran antara 3.8 hingga 6 cm bersama angin kencang melanda selatan Ohio sejak malam Sabtu hingga pagi Ahad.
Pakar meteorologi berkata sungai mencapai 18.3 meter pada pagi Ahad di Cincinnati, 2.4 meter atas paras banjir dan dijangka meningkat ke 18.5 meter (merupakan paras tertinggi sejak 1997).

Banjir menyebabkan beberapa jalan sepanjang Ohio tengah dan selatan Ohio ditutup.

Gabenor John Kasich mengeluarkan amaran kecemasan pada Sabtu di 17 daerah.

Kira-kira 32 km di timur Cincinnati, lebih 40 rumah dan perniagaan terjejas dari banjir.