Bencana banjir di Mongolia mengorbankan 63 orang, termasuk 15 kanak-kanak setakat ini, lapor agensi berita Xinhua pada Selasa.

"Dua kematian dilaporkan pada hujung minggu," kata Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMA) dalam satu kenyataan hari ini.

NEMA berkata air di sungai-sungai utama naik ke paras bahaya dan menasihatkan penduduk yang tinggal di sepanjang sungai untuk berjaga-jaga.

Mongolia dilanda hujan lebat sejak awal Julai, mencetuskan banjir besar di beberapa kawasan.

Meteorologi meramalkan hujan lebat akan berterusan sehingga pertengahan Ogos. -- Bernama