Anggota Kongres Amerika Syarikat, Ilham Omar, kehilangan bapanya, Nur Omar Mohamed, yang dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19.

"Sedih untuk memaklumkan pemergiannya. Tidak ada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa kami sekeluarga sangat menyayanginya," kata Ilhan dalam satu kemas kini di Twitter.

Menurut laporan media antarabangsa, Ilhan dibesarkan oleh ayah dan datuknya selepas ibunya meninggal dunia sewaktu dia masih bayi.

Dia dan ayahnya berhijrah ke Minnesota, Amerika Syarikat dari Somalia sebagai pelarian pada tahun 1995, ketika negara itu dilanda perang saudara.

Ilhan menyifatkan bapanya sebagai pendorong paling kuat ketika dia melalui penindasan dan diskriminasi di awal kedatangan mereka di AS.

Pada 2018, Ilhan menjadi salah seorang daripada dua wanita Islam pertama dipilih sebagai Ahli Kongres, bersama dengan wakil Michigan, Rashida Tlaib.

COVID-19 telah menjangkiti lebih 2.1 juta orang di AS dan menyebabkan 116,500 kematian di negara itu setakat ini.