SEORANG bapa dari Argentina, Domingo Bulacio, 57, tidak menunjukkan sebarang emosi apabila dijatuhi hukuman penjara 12 tahun 8 bulan atas pertuduhan merogol anak kandungnya di mahkamah Santiago del Estero, pada Rabu.

Lebih menyedihkan, suspek dikatakan melakukan jenayah seks itu selama 22 tahun sehingga melahirkan lapan orang anak.

Bulacio yang dikenali dengan nama panggilan Vernacho dilapor berada dalam tahanan polis sejak Januari tahun lalu.

Dia melarikan diri dari rumahnya di Villa Balnearia selepas mangsa, yang dikenali sebagai Antonia, mengambil keputusan untuk meminta bantuan pihak berkuasa.

Mangsa mendakwa ayahnya telah menjadikan dia sebagai hamba seks sejak dia berumur 11 tahun, iaitu selepas ibunya meninggalkan rumah.

Dia berkata: "Sejak ibu saya meninggalkan rumah, saya menjadi isteri ayah saya.

"Dia akan memukul saya jika dia melihat saya berbual dengan jiran atau apabila ingin ‘tidur’ bersama.

"Dia selalu mengugut saya. Dia kata dia akan membunuh saya jika saya berkata apa-apa. Saya terpaksa berdiam diri.

Menurut mangsa, dia juga menerima ancaman bunuh beberapa saudara belah anaknya selepas melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.

"Saya takut akan keselamatan saya dan anak-anak saya. Saya kini menerima ancaman dari saudara pihak ayah saya untuk menarik balik aduan saya terhadapnya.

“Mereka tidak peduli akan apa yang telah berlaku.

“Saya mahu dia mati dalam penjara. Saya mahu keadilan,” kata mangsa.

Bulocia dijatuhi hukuman selepas keputusan DNA mengesahkan dia sebagai bapa kandung kepada anak-anak itu.

Selain itu, beberapa kenalan dan saudara turut hadir sebagai saksi untuk memberi keterangan di makhamah.

Difahamkan, pendakwa raya telah menuntut hukuman penjara 15 tahun untuk Bulacio.