Dua remaja perempuan maut ditikam bapa kandungnya di rumah mereka barat Bengal, India.

Kejadian malang itu berlaku ketika kedua-dua remaja malang terbabit tinggal bersendirian bersama bapa mereka, Isnin lalu.

Ketika kejadian, ibu mangsa keluar ke pasar dan sebaik sahaja pulang ke rumah terkejut apabila semua pintu rumahnya terkunci.

Curiga dengan keadaan tersebut, wanita terbabit bergegas membuat laporan polis di Balai Polis Bhabanipur.

Susulan itu, suspek kemudiannya diberkas dan siasatan masih dijalankan berhubung motif pembunuhan tersebut.

Difahamkan, suspek sebelum ini menjalankan perniagaan kecil-kecilan sebelum menganggur.