Tular rakaman seorang bapa menampar dan memaksa anak perempuannya berlutut di parkir sebuah pasaraya terkemuka.

Tindakan bapa itu nyata menerima kecaman dari netizen kerana terlalu kasar untuk mendidik anak malah dilakukan di tempat awam.

Memetik video dari Stomp, perbuatan lelaki itu telah dirakam oleh orang awam ketika berada di parkir sekitar jam 9 malam pada Isnin lalu.

Kelihatan juga seorang wanita di sisi mereka dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu yang berusia lima hingga enam tahun.

Menerusi rakaman itu, lelaki itu menjerit sekuat hati dan menampar kanak-kanak hingga perbuatannya itu mendapat perhatian orang awam yang berada di lokasi tersebut.

"Saya tak tahu apa yang membuatkan lelaki itu marah tetapi ada memberitahu, saya sayang kamu tetapi kamu tak boleh beritahu perkara seperti itu kepada saya," kata perakam video.

Menurut si perakam, beberapa orang awam dilihat berada di kawasan berdekatan tetapi masing-masing berjalan ke arah kereta mereka.

Lelaki tu pula keluar dari kawasan parkir lepas menyedari orang ramai melihat perbuatannya. - TheCoverage