Sekurang-kurangnya 14 maut dan 30 cedera selepas sebuah bas pekerja terjatuh ke dalam gaung dekat sini, di Utara Macedonia pada Rabu.

Perdana Menteri Zoran Zaev mengumumkan negara berkabung dua hari susulan kejadian itu.

Bas tersebut dikatakan sedang membawa 50 penumpang sebelum ia terbabas dan terhumban 10 meter ke dalam gaung berdekatan bandar Tetovo, 25km barat Skopje.

Menurut Datuk Bandar Gostivar, Arben Taravari, ketika kejadian bas tersebut sedang membawa penumpang dari Skopje ke Gostivar, di mana kebanyakan mereka tinggal.

Punca kejadian masih disiasat.