TIGA belas pelancong warga Poland cedera selepas bas pelancong dinaiki mereka terlibat dengan kemalangan di Jerman pada Sabtu.

Bas tersebut yang dalam perjalanan dari Lebuhraya A1 berdekatan Barsbüttel dan Stapelfeld dilaporkan terbabas di sebuah cerun sebelum terjatuh ke dalam parit.

Menurut polis, seramai 46 penumpang adalah kumpulan pelancong dari Poland.

Daripada jumlah yang cedera tersebut, terdapat juga mangsa yang mengalami kecederaan serius.