Sekurang-kurangnya 27 kanak-kanak berumur 4 tahun terbunuh di Kangra, India apabila bas yang dinaiki mereka tergelincir di sebuah laluan bergunung sebelum terjunam ke gaung di kaki bukit Himalaya.

Menurut Menteri Pengangkutan Himachal Pradesh, Govind Singh Takur, tiga orang dewasa turut terbunuh dalam kemalangan tersebut.

Puluhan mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital berdekatan.

Laporan awal mendapati pemandu bas tersebut hilang kawalan semasa melalui jalan itu kerana memandu dengan laju sehingga menyebabkan bas terjatuh sedalam 60 meter ke kaki bukit.



Kebanyakan kanak-kanak yang menaiki bas tersebut merupakan pelajar pra-sekolah.

Kemalangan maut merupakan perkara biasa di sana kerana kebanyakkan jalan raya di India, khususnya di kawasan lereng bukit, kurang diselenggara oleh pihak berkuasa.