Berita  | Dunia

Bas terjunam ke dalam terusan di India, 28 dikhuatiri maut

Bas terjunam ke dalam terusan di India, 28 dikhuatiri maut
Orang awam mengerumuni bangkai bas yang telah berjaya dibawa keluar. - AP Photo/Madhusudhan Sr
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 28 orang maut akibat lemas selepas bas yang dinaiki mereka terjunam ke sebuah terusan di India, pada Sabtu.

Kenyataan polis menyebut bas milik persendirian itu terbabas akibat pemandunya hilang kawalan, sebelum jatuh ke dalam terusan yang terletak di daerah Mandya, selatan Karnataka.
Seorang pegawai polis memberitahu AFP, kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak yang sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Polis bagaimanapun belum dapat memberikan jumlah sebenar penumpang atau punca kemalangan itu, tetapi laporan awal mendapati bas dipandu laju.

Media tempatan melaporkan bas itu dinaiki 35 orang penumpang.

Rakaman video menunjukkan orang awam menggunakan tali untuk menarik bas dan mengeluarkan mayat.

Usaha menyelamat turut dibantu kumpulan sukarelawan.

Tag: kemalangan, India, lemas, mangsa, bas, sekolah, mayat, Kanak-kanak, maut


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.