Tutup

Berita  | Dunia

AS batal sekatan atas Turki susulan operasi 'Peace Spring' di Syria

AS batal sekatan atas Turki susulan operasi 'Peace Spring' di Syria
Donald Trump menyampaikan kenyataan berhubung konflik di Syria sambil diperhatikan Setiausaha Negara Mike Pompeo dan Penasihat Keselamatan White House Robert OBrien di Bilik Diplomatik, White House, Washington, 23 Okt, 2019. REUTERS
WASHINGTON: Amerika Syarikat membatalkan sekatan yang dikenakan ke atas Turki susulan operasi 'Peace Spring' yang dilancarkan di Syria.

Keputusan diumum Presiden Donald Trump selepas Rusia dan Turki bersetuju mengerahkan anggota tentera tambahan melanjutkan gencatan senjata di sepanjang sempadan Syria.

"Saya telah mengarahkan Setiausaha Perbendaharaan untuk membatalkan semua sekatan yang dikenakan pada 14 Oktober susulan tindakan Turki melancarkan serangan ke atas puak Kurdish di utara Syria.

"Sekatan akan dibatalkan sehinggalah berlaku sesuatu yang kita tidak senangi. Perkara ini kita yang menentukannya - kita, Amerika Syarikat, bukan orang lain, bukan negara lain.
"Dan, kami sedia dipersalahkan dan juga sedia menerima pujian," katanya di White House pada Rabu.

Serangan Turki ke atas Syria bermula sebaik sahaja Trump umum mengundurkan tenteranya dari negara itu.
Keputusan yang disifatkan dibuat dalam keadaan tergesa-gesa itu dikritik pemimpin Demokrat dan Republikan.

Turki melancarkan operasi ke atas pemberontak Kurdish yang disenarai sebagai organisasi pengganas.