SEORANG bapa berjaya menyelamatkan anaknya daripada dibawa lari seekor anjing 'dingo'.

Anaknya itu dilaporkan telah diseret keluar daripada sebuah karavan ketika mereka sedang tidur di Fraser Island.

Bayi lelaki berusia 14 bulan itu dibawa ibu bapanya untuk berkhemah bersama-sama kakaknya yang berusia 4 tahun di Eurong Beach

Menurut ibu bapa bayi itu, mereka tersedar daripada tidur setelah mendengar bunyi tangisan anak mereka yang semakin “menjauh”, kata jurucakap pasukan Penyelamat LifeFlight.

Setelah menyedari anaknya dibawa lari haiwan tersebut, bapa bayi itu segera keluar daripada karavan mereka untuk mencari anaknya.


Keluarga itu terpaksa menaiki helikopter untuk mendapatkan rawatan di hospital. Foto: RACQ LifeFlight Rescue

Apa yang lebih mengejutkan, dia melihat beberapa anjing yang lain turut berada bersama anaknya itu.

Selepas melawan anjing tersebut, dia berjaya menyelamatkan anaknya dan terus memanggil pasukan kecemasan.

Keluarga itu terpaksa menaiki helikopter untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Menurut laporan portal Courier Mail, bayi tersebut alami kecederaan di bahagian kepala dan leher namun kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Bayi tersebut alami kecederaan di kepala dan beberapa luka tetapi kini dalam keadaan stabil. Foto: RACQ LifeFlight Rescue

Mujur bapanya cepat menyedari kehilangan anaknya sebelum dia alami kecederaan yang lebih parah.

Menurut Perkhidmatan Taman dan Hidupan Liar Queenslan, kawasan Fraser Island dipercayai sememangya dihuni anjing dingo dan akibat kekurangan sumber makanan, anjing-anjing itu bertindak demikian.