SEORANG bayi berusia 12 hari maut selepas digigit oleh seekor monyet dalam kejadian di Agra, India pada Isnin.

Menurut laporan Times of India, haiwan itu dikatakan bertindak agresif apabila tiba-tiba muncul 'merampas' bayi itu ketika ibunya sedang menyusukannya.

Lebih mengejutkan apabila monyet itu menggigit leher bayi tersebut sebelum melarikan diri.

Bayi itu terus dicederakan sebelum sempat diselamatkan oleh ahli keluarga yang bertindak mengejarnya di bumbung rumah jiran mangsa.

Bayi malang itu kemudian dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Menurut jurucakap polis, mayat mangsa telah dihantar untuk tujuan bedah siasat dan sebelum menyerahkan kepada ahli keluarga.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan leher.

Terdahulu, monyet berkenaan turut 'menyerang' seorang gadis berusia 14 tahun tetapi gadis tersebut hanya mengalami kecederaan ringan.