Berita  | Dunia

Bayi mati selepas ibu kerat jari berlebih

Bayi mati selepas ibu kerat jari berlebih
bayi malang yang lahir pada 22 Disember itu mempunyai enam jari di kedua-kedua belah tangan dan kaki, meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya. - Gambar hiasan
NEW DELHI: Seorang wanita di daerah Khandwa, Madhya Pradesh bertindak memotong lebihan jari pada tangan dan kaki bayinya kerana bimbang kecacatan itu mampu menjejaskan peluangnya untuk berkahwin apabila dewasa kelak.

Polis berkata, bayi malang yang lahir pada 22 Disember itu mempunyai enam jari di kedua-kedua belah tangan dan kaki, meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya.

Difahamkan, kubur bayi itu telah digali semula dan mayatnya diperiksa selepas kejadian tersebut dilaporkan oleh media.
"Siasatan mendapati wanita dari perkampungan miskin Sundardev itu menggunakan sabit untuk memotong lebihan jari bayinya.

"Selepas itu, wanita terbabit menyalut luka pada tangan dan kaki bayinya menggunakan najis lembu.

"Bayi malang itu mati beberapa jam selepas jari-jari tambahannya dikerat, sebelum dikebumikan," kata jurucakap polis, Ruchi Vardhan Mishra.

Tambahnya, kepercayaan karut juga mendorong wanita terbabit bertindak sedemikian.

Katanya, tiada tangkapan dibuat setakat ini kerana menunggu siasatan dalaman selesai dijalankan. - Terjemahan oleh Sinar Harian

Tag: meninggal dunia, wanita, bayi, mati, siasatan, polis, dera bayi, potong jari


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.