Seorang bayi maut akibat terdedah kepada nikotina cecair yang digunakan dalam peranti vape.

Pihak Koroner mengesahkan punca kematian bayi itu dalam kejadian di Victoria, Australia pada Rabu, lapor The Herald Sun.

Walaupun cecair rokok elektronik atau vape telah diharamkan di negara itu, ia masih boleh dibeli daripada penjual luar negara melalui portal dalam talian.

Hanya satu mililiter (mm) nikotina boleh menyebabkan kematian kepada seorang bayi jika ditelan, dipercik atau disedut.

Data daripada Poisons Information Centres menunjukkan bahawa terdapat 70 keracunan cecair vape di Australia pada tahun 2016, peningkatan lebih dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Di antara tahun 2009 dan 2016 pula, dilaporkan 76 daripada 202 kes keracunan cecair vape melibatkan mangsa kanak-kanak.

Menurut Menteri Kesihatan Australia, keputusan daripada pihak World Health Organisation (WHO) mengenai keselamatan cecair vape belum dimuktamadkan.