Bayi perempuan yang cukup sifat ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila dihurung semut di Bhopal, India awal pagi Sabtu lepas.

Lebih menyedihkan apabila bayi perempuan yang dipercayai ditinggalkan ibu bapanya itu ditemui oleh pemilik gerai teh, di kawasan semak samun dan longgokan sampah di sini.

Pemilik gerai teh, Dheeraj Rathore berkata, dia terdengar tangisan dan rengekan bayi malang itu ketika melalui kawasan tersebut.

"Saya terdengar rengekan bayi itu ketika melalui kawasan tersebut," katanya seperti portal The Sun UK.

Dheeraj dan dua kawannya kemudian membersihkan badan bayi itu dari serta menyelimutinya dengan kain.

Bayi itu dibawa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan selain menganggap keadaan bayi malang itu kritikal.

Menerusi pemeriksaan doktor, bayi seberat 3.65 paun itu mempunyai beberapa kesan luka pada kaki dan belakang badan.

Sementara itu, menurut laporan polis tempatan yang dipetik portal berkenaan, pihaknya tidak menolak kemungkinan bayi perempuan itu dibuang ibu bapanya kerana mereka mengharapkan menimang bayi lelaki.

Polis kini memburu kedua ibu bapanya.