SEORANG bayi ditemui mati selepas ditinggalkan bersendirian kepanasan di dalam kereta ketika ibunya pergi ke pejabat.

Aiden Miller ditemui tidak bernyawa di dalam kenderaan itu awal minggu ini oleh ibunya sendiri selepas wanita itu habis waktu kerja.

Wanita itu bekerja di sebuah Pusat Kesihatan di New Albany, Indiana.

Bayi berusia tiga bulan itu kemudian dikejarkan ke hospital namun doktor gagal menyelamatkannya.

Bapa bayi itu, Aaron Turner berasa sedih dengan nasib yang menimpa anaknya.

"Saya tidak faham bagaimana insiden ini berlaku. Namun ia telah berlaku ke atas keluarga saya," katanya kepada Wave3 News semalam.

"Sila pastikan anak merupakan keutamaan yang pertama," katanya.

Turner mendakwa ibu Aiden terlupa dengan anak bongsu mereka ketika menghantar salah seorang anak lain di taska.

Polis sedang menjalankan siasatan mengenai kematian itu dan tiada penahanan dilakukan setakat ini.