Tutup

Berita  | Dunia

Beijing rancang singkirkan Carrie Lam?

Beijing rancang singkirkan Carrie Lam?
Setakat ini, Lam (gambar) dilaporkan masih menerima sokongan daripada kerajaan China. (Foto AP/Fail)
KEMENTERIAN Luar China menafikan laporan ia dalam perancangan untuk menggantikan Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam.

Jurucakapnya, Hua Chunying menegaskan, laporan Financial Times mengenai pelan itu merupakan satu khabar angin yang bermotifkan politik.

Beijing sebaliknya menegaskan, pihaknya menyokong penuh kepimpinan Lam dan percaya beliau mampu  menamatkan protes anti kerajaan yang kini memasuki bulan kelima.

Laporan Financial Times sebelum ini menyebut, Beijing sedang meneliti calon untuk menggantikan Lam.
Ia susulan kritikan yang dilemparkan kepada Lam kerana dilaporkan gagal menangani masalah tersebut.

Setakat ini, Lam masih menerima sokongan daripada kerajaan China.
Jika Presiden Xi Jinping memutuskan untuk meneruskan pelan menyingkirkan Lam, penggantinya mungkin akan memulakan tugas pada Mac tahun depan.

Pada masa sama, Lam enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini.

Untuk rekod, Hong Kong sudah masuk minggu ke-20 digegarkan dengan bantahan dan tiadanya penyelesaian politik, sehingga menyebabkan pertempuran memuncak.