Bekas pemerintah Qatar, Sheikh Khalifa bin Hamad Al-Thani meninggal dunia pada usia 84 tahun.

Kematian beliau diumumkan Mahkamah Diraja.

Serentak itu, cucu Allahyarham, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani mengisytiharkan negara itu berkabung selama tiga hari.

Seluruh stesen televisyen Qatar menyiarkan bacaan al-quran selepas pengumumkan rasmi itu.

Sheikh Khalifa mula memerintah selepas beliau menggulingkan sepupunya pada 1972.

Namun, nasib sama turut dilalui beliau pada Jun 1995.

Satu rampasan kuasa berlaku melibatkannya dan anaknya, Sheikh Hamad.

Sheikh Hamad dilihat sebagai kuasa sebenar dalam Pertubuhan Negara Ahli Negara-Negara Pengeksport Petroleum (Opec).

Sementara itu, pada 2013, Sheikh Hamad mewariskan takhta kerajaan kepada anaknya, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani.

Ia sekali gus menjadi negara pertama membawa perubahan kepimpinan di rantau Arab.