Beribu rakyat Sepanyol adakan tunjuk perasaan di ibu kota Barcelona bagi membantah penahanan sembilan anggota kerajaan Catalan yang disingkirkan.

Penahanan itu diarah oleh seorang hakim Sepanyol sementara menunggu siasatan lanjut berhubung peranan mereka dalam usaha mendapatkan kemerdekaan di wilayah itu.

Antara bekas anggota kerajaan yang dijatuhkan hukuman penjara tanpa jaminan itu termasuk Timbalan Ketua Pemimpin paksi Catalonia, Oriol Junguera dan pemimpin Pemisah Catalan, Carles Puigdemont.

Puigdemont kini berada di Belgian dan waran tangkap ke atasnya dilaporkan telah dikeluarkan menyebabkan dia enggan kembali ke Madrid.

Pendakwa juga cuba mendapatkan waran tangkap Eropah terhadap empat lagi bekas anggota kerajaan Catalan yang gagal hadir ke mahkamah.

Dua puluh bekas anggota kerajaan diarah hadir ke dua mahkamah Madrid berasingan namun hanya 15 yang tampil.

Salah seorang daripada mereka yang ditahan akan dibebaskan selepas membayar bon sebanyak 50,000 euro (RM250,000).