Ribuan warga Singapura terus membanjiri kawasan bangunan Parlimen untuk memberi penghormatan terakhir kepada bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew.

Sejumlah 230,000 penduduk dilaporkan sudah mengunjungi bangunan Parlimen untuk tujuan itu sebelum pengebumian Kuan Yew yang dijadual tengah hari ini.

Kuan Yew, 91, meninggal dunia di Hospital Besar Singapura selepas menderita radang paru-paru.

Kuan Yew merupakan perdana menteri republik berkenaan selama 31 tahun dan dianggap arkitek pembangunan singapura.

Kematian Kuan Yew menyaksikan republik itu mengisytiharkan tempoh berkabung selama seminggu.

Penonton boleh menyaksikan siaran langsung upacara persemadian di saluran 501 Astro AWANI juga di laman web astroawani.com mulai 12.30 tengah hari Ahad.