Bekas Presiden India APJ Abdul Kalam menghembuskan nafas terakhir selepas dikejarkan ke hospital akibat serangan jantung. Beliau meninggal dunia pada umur 83.

Abdul Kalam dilaporkan mendapat serangan jantung ketika sedang menyampaikan syarahan di Institut Pengurusan India di Shillon.

Abdul Kalam atau nama penuhnya Avul Pakir Jainulabdeen Abdul Kalam menjadi Presiden India ke-11 antara tahun 2002 hingga 2007.

Beliau dilahirkan di Rameswaram on 15 Oktober 1931.

Abdul Kalam, yang menerima jolokan “missile man” India kerana peranan pentingnya dalam menjayakan ujian nuklear Pokhran-II pada 1998.

Ia merupakan ujian nuklear pertama India sejak 1974.