Monarki paling kontroversi, Raja Mswati III dari Swaziland dikritik rakyatnya sendiri kerana membelanjakan hampir AS$17 juta (RM70 juta) di tengah-tengah kegawatan ekonomi untuk membeli ratusan kereta mewah.

Raja berusia 51 tahun itu dilaporkan telah mengimport 19 buah Roll Royce dan 120 BMW dari Afrika Selatan untuk dihadiahkan kepada 15 isterinya dan ahli keluarga lain.

Tindakan itu sekali gus mengundang kecaman ahli politik pembangkang yang menyifatkan Mswati sebagai sombong dan riak.

Mswati sebelum ini pernah dikritik kerana menunjukkan isyarat lucah kepada rakyatnya sendiri yang bergelut dengan kemiskinan.

“Dia terus memanjakan isteri dan keluarganya tanpa menyedari bahawa ada banyak masalah yang menimpa orang-orang di sekitarnya.

“Mswati tidak tahu malu, dia suka menunjuk-nunjuk tanpa mempedulikan perasaan rakyat miskin Swaziland,” kata Wandlie Dludlu.

Mswati menduduki takhta pada usia 48 tahun. Beliau ditabalkan ketika berusia 18 tahun pada 1986.

Beliau dikenali dengan amalan poligami dan dua daripada 15 isterinya dipilih oleh kerajaan.