Maharaja Akihito turun takhta sebagai Maharaja Jepun secara rasmi, sekali gus menamatkan era "Heisei" selama tiga dekad.

Upacara tertutup itu berlangsung di Istana Imperial jam 5 petang waktu tempatan, hari ini.

Ia berlangsung kira-kira 10 minit dengan dihadiri kira-kira 330 tetamu.

Upacara berakhir selepas Akihito menyampaikan ucapan terakhirnya sebagai Maharaja walaupun secara teknikalnya beliau akan memegang takhta diraja sehingga tengah malam hari ini.

BACA: Maharaja Akihito turun takhta, Reiwa imperial baharu Jepun

Esok, anak sulungnya Putera Mahkota Naruhito akan mewarisi takhta diraja Jepun sebagai Maharaja baharu.

Sebelum itu, Akihito mengunjungi kuil Shinto di Istana Imperial bagi menghadiri upacara keagamaan sempena majlis turun takhta pemerintahannya, sebagai Maharaja Jepun selama tiga dekad.


Akihito, 85, ialah anggota monarki Jepun yang pertama melepaskan takhta diraja dalam tempoh dua abad.