Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
10 berita pilihan antarabangsa sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 2 Julai 2020.

1) COVID-19: Angka kematian seluruh dunia lebih 512,000

Angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dalam tempoh 24 jam lalu.

Menurut statistik Johns Hopkins University, jumlah kumulatif kematian di peringkat global kini sebanyak 512,331 kes.
2) COVID-19: Kes positif seluruh dunia lepasi 10.6 juta

Jumlah kes positif COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat.
Menurut data terbaru Johns Hopkins University, jangkitan kini mencecah 10,644,064 kes setakat pagi Khamis waktu Malaysia.

3) Pernah dengar musang ketawa? Video tular ini pasti ceriakan hari anda!

Pernahkah anda melihat musang atau rubah ketawa? Terima kasih kepada seorang pengguna laman Twitter, mollyfprince (@mollyfprince) yang berkongsikan video ringkas namun pasti mampu sekurang-kurangnya menghadirkan senyuman ke wajah anda.

4) Hong Kong rai ulang tahun ke-23 penyerahan kepada China

Hong Kong meraikan ulang tahun ke-23 penyerahan wilayah itu kepada China dalam keadaan diselubungi kerisauan mengenai undang-undang keselamatan baharu yang diluluskan pada Selasa.

5) Indonesia catat kes baharu positif COVID-19 tertinggi, jumlah kematian kini 2,987

Indonesia mencatatkan 1,624 kes positif COVID-19 baharu dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sejak kes pertama virus itu dikesan di negara itu pada 2 Mac lepas.

6) COVID-19: 188 kes baharu di Singapura, 10 dalam komuniti

Singapura hari ini melaporkan 188 kes baharu jangkitan COVID-19 dengan 10 kes dalam komuniti, menjadikan jumlahnya di republik ini kepada 44,310 kes.

7) Duterte pertahan langkah lanjutkan penutupan Cebu

Presiden Filipina mempertahankan penutupan ketat bandar Cebu yang disifatkannya sebahai hotspot baru COVID-19, sementara ibu kota dan seluruh negara diletakkan dalam tempoh kuarantin yang lebih ringan.

8) Kubur 'pesakit' COVID-19 digali semula selepas ujian swab negatif

Sepuluh jenazah yang dikebumikan mengikut prosedur seperti mana-mana pesakit yang dijangkiti COVID-19 digali semula selepas keputusan ujian saringan mendapati mereka negatif daripada jangkitan itu.

9) Enam rakyat Thai yang pulang dan ditempatkan di fasiliti kuarantin negara positif COVID-19

Thailand mencatatkan enam kes baharu COVID-19 -- semuanya melibatkan rakyat Thai yang pulang dari luar negara, dan sifar kematian sejak 24 jam yang lepas, menjadikan jumlah kes kepada 3,179 dan 58 kematian.

10) This supermassive black hole in the universe eats an equivalent to an entire sun a day

Astronomers from the Australian National University (ANU) revealed that a black hole in the universe that is 34 billion times the mass of our sun can eat up the equivalent mass of one sun a day.




Tag: berita antarabangsa, berita pilihan, Astro Awani, COVID-19, Johns Hopkins University, musang ketawa, China, Rodrigo Duterte



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.