ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 2 Ogos 2020.

1) COVID-19: Kes positif di Indonesia terus meningkat, jumlah terkini 111,455 dengan 5,236 kematian

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sejumlah 63,366 pesakit masih dalam pemantauan.

2) COVID-19: 313 kes baharu di Singapura, lima kes import

Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu dalam data ringkas yang dikeluarkan 12 tengah hari tadi berkata semua kes import itu telah diserahkan Notis Duduk Di rumah sebaik sahaja tiba di sini.

3) COVID-19: 49 kes baharu di China, 33 kes penularan tempatan

Sebanyak 30 daripada 33 kes penularan tempatan itu dilaporkan di wilayah Xinjiang dan tiga di wilayang Liaoning.

4) Victoria diisytihar darurat, perintah berkurung waktu malam mula dilaksanakan

Terbaharu, perintah berkurung pada waktu malam antara 8 malam sehingga 5 pagi akan dilaksanakan di seluruh Melbourne.

5) COVID-19: Gunung Everest dibuka semula walaupun kes meningkat

Negara Himalaya itu menutup sempadannya pada Mac, menyebabkan kerugian dari segi pekerjaan dan pendapatan jutaan dolar.

6) Angka kematian akibat minum cecair sanitasi di India meningkat 36 orang

Polis yakin angka itu jauh lebih tinggi memandangkan banyak lagi kes kematian yang tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

7) COVID-19: Hong Kong buka hospital lapangan hadapi gelombang ketiga

Kemudahan itu dirancang bagi meringankan beban hospital di tengah-tengah gelombang ketiga jangkitan wabak tersebut.

8) COVID-19: Rakyat Belgium digesa tidak melawat Antwerp

Menurut Gabenor Belgium, Cathy Berx, 50 peratus daripada jangkitan baharu yang direkodkan di negara itu dilaporkan di Antwerp.

9) Ribuan penduduk dipindahkan di Selatan California akibat kebakaran hutan 'Apple Fire'

Kebakaran yang bermula dari dua kebakaran berbeza dan berdekatan dilaporkan sekitar jam 5 petang waktu tempatan pada Jumaat di kawasan desa Cherry Valley.

10) Taufan Isaias dijangka kembali kuat - Gabenor Florida

Taufan berkenaan dijangka memburukkan lagi keadaan masyarakat di kawasan itu yang sebelum ini sudah terjejas akibat ribut terdahulu, yang turut membawa penyakit, memaksa kebanyakan mereka mendapatkan perlindungan di Pulau Grand Bahama.