ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 3 Ogos 2020.

1) COVID-19: Dana kerajaan sudah habis, tiada lagi bantuan makanan dan kewangan - Duterte

Duterte berkata kerajaan tidak dapat terus membiayai kos makanan dan bantuan kewangan kepada mereka yang tidak dapat bekerja susulan perintah berkurung.

2) COVID-19: Singapura tingkat peraturan notis duduk rumah, pelawat wajib pakai alat pemantauan elektronik

Berkuat kuasa 11 Ogos, semua pelawat yang memasuki Singapura dan menjalani SHN di luar kemudahan khusus SHN (SDF), perlu memakai alat pemantauan elektronik sepanjang SHN untuk tempoh 14 hari.

3) Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 113,134, kematian 5,302

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 66 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini meningkat kepada 5,302 orang.

4) Victoria umum penutupan operasi perniagaan

Menurut Ketua Menterinya, Daniel Andrews langkah itu dijangka menjejaskan hampir 250,000 pekerja.

5) Polis Chile latih anjing kenal pasti pesakit COVID-19

Menurut laporan The Telegraph, pihak berkuasa di sana melatih anjing untuk mengesan jangkitan menerusi peluh dan bau badan manusia yang dijangkiti virus itu pada peringkat awal.

6) Selepas diminta jerit dalam hati, pengunjung diberi pula pelekat 'mulut menjerit'

Jika sebelum ini penunggang roller-coaster diminta menjerit dalam hati bagi mengelak penyebaran COVID-19, kini taman tema di Jepun itu menawarkan pula pelekat pelitup muka kepada pengunjung supaya mereka boleh “menjerit dengan senyap".

7) Rundingan pembelian TikTok diteruskan, Trump beri masa 45 hari

Pada Jumaat, Presiden Donald Trump umum akan mengharamkan platform media sosial itu yang dituduh mengancam keselamatan negara kerana hubungannya dengan Beijing.

8) Kebakaran hutan memuncak di Los Angeles, ribuan diarah berpindah

Malah, pasukan kecemasan turut berdepan kesukaran apabila terpaksa memadam kebakaran dalam cuaca ekstrem.

9) Enam maut, tujuh hilang susulan hujan lebat di Korea Selatan

Hujan lebat yang melanda sebahagian besar Korea Selatan pada Ahad meragut enam nyawa manakala tujuh lagi belum ditemukan.

10) SpaceX selamat mendarat di Teluk Mexico selepas kembara dua bulan

Angkasawan Nasa Robert Behnken dan Douglas Hurley mendarat di lautan, di persisiran pantai Florida pada jam 2.48 pagi Isnin.