ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 4 Ogos 2020.

1) Jumpa burung bersarang atas kereta, kerabat diraja ini hadang SUV agar ia tidak diganggu

Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan Mohammed Rashid Al Maktoum dalam satu perkongsian di IG Stories miliknya pada pagi Isnin menunjukkan satu 'penemuan' yang tidak disangka iaitu seekor burung sedang bersarang di atas bonet kereta beliau

2) Trump tetapkan 15 September tarikh akhir penjualan atau penutupan TikTok

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menetapkan 15 September depan sebagai tarikh akhir untuk aplikasi TikTok untuk dijual kepada syarikat AS atau beliau akan menutupnya.

3) 'Anda tidak kebal!' - Jangkitan COVID-19 kini tular ke kawasan luar bandar AS

Amerika Syarikat (AS) kini memasuki “fasa baharu” dalam usahanya melawan pandemik COVID berdasarkan jangkitan baharu yang terus meningkat di seluruh negara.

4) COVID-19: WHO khuatir vaksin sempurna mungkin tidak akan ditemukan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bimbang vaksin untuk melawan COVID-19 mungkin tidak akan ditemui.

5) Kes korban COVID-19 seluruh dunia lepasi angka 687,000

ANGKA korban akibat jangkitan COVID-19 terus meningkat. Statistik Johns Hopkins University mendedahkan jumlah kematian global meningkat lebih 3,000 kes dalam tempoh 24 jam.

6) COVID-19: Filipina catat peningkatan harian tertinggi di Asia Tenggara

Filipina melaporkan 6,352 jangkitan baharu COVID-19 pada Selasa, peningkatan harian tertinggi dalam kalangan negara Asia Tenggara.

7) Kes positif COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 115,056, kematian 5,388

Kes positif COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 115,056 kes, iaitu tambahan sebanyak 1,922 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

8) Anak gajah Asia mati 27 hari selepas dilahirkan

Seekor anak gajah Asia bernama Avi yang ditempatkan di Zoo St Louis di Missouri, Amerika Syarikat, mati selepas bergelut dengan masalah kesihatan sejak dilahirkan kira-kira sebulan yang lalu.

9) Padah buat 'prank' daging korban berisi sampah, YouTuber Indonesia ditahan polis

Polis Indonesia pada Isnin menahan seorang YouTuber yang dikenali sebagai Edo Putra dan seorang rakannya, susulan video prank menyerahkan daging korban yang sebenarnya sampah kepada orang ramai.

10) Serangan belalang di Rusia akibatkan kemusnahan lebih RM54 juta

Wilayah selatan Rusia dilanda serangan belalang yang mengakibatkan kemusnahan ketara pada industrri pertanian tempatan.