ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 5 Ogos 2020.

1. Kes denggi di Singapura cecah 22,403, paling buruk sejak 2013

Sebanyak 22,403 kes denggi dicatatkan di Singapura setakat Rabu, sekali gus menyaksikan kes tertinggi direkodkan dalam tempoh kurang setahun.

2. Kes positif COVID-19 Indonesia kini 116,871

Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 116,871 kes, iaitu tambahan sebanyak 1,815 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

3. Cecair kumur dapat kurangkan jangkitan COVID-19? - Kajian di Jepun

Ketika para penyelidik di seluruh negara sedang 'berlumba-lumba' membangunkan vaksin untuk memerangi jangkItan COVID-19, Jepun pula mendakwa ubat kumur yang biasa digunakan untuk membersihkan mulut mampu membunuh virus itu.

4. Darurat dua minggu diisytihar di Beirut susulan letupan

Presiden Lubnan, Michel Aoun memanggil Kabinet untuk mengadakan mesyuarat tergempar susulan letupan yang mengorbankan lebih 70 nyawa. Aoun berkata mesyuarat yang diadakan itu bagi mengisytiharkan darurat di Beirut selama dua minggu.

5. Perang dingin China-AS tidak untungkan mana-mana pihak

Duta China ke AS berkata pihaknya tidak mahu menambahkan ketegangan hubungan dua hala antara AS meskipun berlaku penutupan konsulat di kedua-dua negara terbabit sejak beberapa minggu lalu.

6. Aung San Suu Kyi sah bertanding untuk penggal kedua

Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi bakal bertanding bagi pilihan raya penggal kedua selepas mencalonkan diri sendiri.

7. Death toll in Beirut explosion rises to 100

The secretary-general of the Lebanese Red Cross on Wednesday said victims of Tuesday's explosion at the Port of Beirut have risen to 100 and more than 4,000 were injured, reported Anadolu Agency.

8. Latin America now has world's highest coronavirus death toll

Latin America surpassed Europe on Tuesday to become the region with the highest coronavirus death toll worldwide, according to a Reuters tally.

9. COVID-19: Manila kembali lengang

Hari pertama pelaksanaan semula perintah berkurung di ibu negara Filipina menyaksikan jalan raya bertukar lengang dengan kawalan ketat oleh anggota polis.

10. Lebih 696,000 korban COVID-19 di seluruh dunia

Angka korban dunia akibat pandemik COVID-19 terus meningkat kepada lebih 696,000 kes pada Rabu.
Sehingga hari ini, berdasarkan data daripada Johns Hopkins University, jangkitan COVID-19 seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan kepada hampir 18.4 juta kes.