ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 10 Ogos 2020.
1) COVID-19: Indonesia catat 1,687 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam
Indonesia mencatatkan 1,687 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif virus itu di republik berkenaan, kini meningkat kepada 127,083 kes.
2) COVID-19: 188 kes baharu di Singapura, 12 kes import, satu dalam komuniti
Tiada kluster baharu dikesan semalam dan angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam republik itu kini 55,292 kes.
3) Paris wajibkan pemakaian pelitup muka
Langkah sama turut dikuatkuasakan di Marseille, kota kedua terbesar Perancis dan resort French Riviera di Saint-Tropez.
4) Sekolah di Jerman mula dibuka dalam kebimbangan gelombang kedua COVID-19
Bagaimanapun, para pelajar diwajibkan untuk memakai pelitup muka di dalam kelas dan tidak perlu memakainya bagi aktiviti tertentu seperti aktiviti sukan.
5) Pihak berkuasa AS 'pening' trend minum cecair pensanitasi tangan
Setakat ini, empat kematian dicatatkan di negara itu, selain beberapa kes di mana mangsa mengalami kesan sampingan gangguan penglihatan atau sawan.
6) Gunung Sinabung di Sumatera Utara kembali meletus
Menurut kenyataan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia (PVMBG), letusan itu berlaku pada 10.16 pagi waktu Indonesia Barat dan asap serta abu itu menghala ke arah timur dan tenggara Pulau Sumatera.
7) Selepas ditahan, polis serbu pejabat taikun media Hong Kong, Jimmy Lai
Memetik laporan Associated Press, penahanan ini merupakan kes berprofil tinggi pertama di bawah Undang-undang Keselamatan Negara yang dikenakan Beijing ke atas wilayah itu pada Jun.
8) Pilihan raya Presiden Belarus: Lukasheko menang dengan 80.23 peratus
Suruhanjaya pilihan raya pusat negara tersebut pada Isnin mengumumkan bahawa semua undi telah dikira dan Lukasheko memperoleh 80.23 peratus, manakala pencabar utamanya, Sviatlana Tsikhanouskaya menduduki tempat kedua dengan 9.9 peratus.
9) Letupan Beirut: Kerja pembersihan diteruskan seminggu selepas kejadian
Pekerja pembersihan mengalihkan serpihan bangunan serta besi-besi yang bertaburan akibat letupan tersebut menggunakan jentera berat.
10) Selamat bersara, Palmerston! Penangkap tikus di Pejabat Luar Negeri UK tamat tugas
Dalam sekeping surat yang dikeluarkan pejabat itu bagi pihak Palmerston memaklumkan, si comel tersebut kini berada jauh dari Whitehall dan 'gembira memanjat pokok' daripada 'mendengar ucapan orang kenamaan asing'.
Nursyazwani Saiful Sham
Mon Aug 10 2020
Pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Inspirasi bermakna daripada Forum Umrah & Ziarah 2024
Usaha meningkatkan kapasiti Mekah dan Madinah bagi membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan umrah kini menjadi fokus utama kerajaan Arab Saudi.
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
Kerajaan kekal komited laksana dwirangkaian 5G, DNB penuhi syarat terdahulu - Gobind
Kerajaan semakin hampir untuk melaksanakan dwirangkaian 5G selepas pengumuman Ahli Lembaga Pengarah baharu Digital Nasional Bhd (DNB).
Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta
Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.
Break The Siege: Misi flotila ke Gaza belayar esok
Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza yang dijadualkan esok.
#AWANI745
#AWANI745
Peruntukan Pembangkang: Terpulang untuk Muhyiddin kata apa - TPM Fadillah
Terpulang kepada pihak pembangkang untuk mempersoalkan keikhlasan Kerajaan berhubung draf perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Kerajaan memberi jaminan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat, sebagai antara yang terbaik pernah diperkenalkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
Lai Ching-te dari DPP menang Pilihan Raya Taiwan
Lai berdepan saingan tiga penjuru dengan Hou Yu-ih dari Kuomintang (KMT) dan Ko Wen-je dari Parti Rakyat Taiwan.
Pilihan Raya Taiwan: Rakyat mula jalankan tanggungjawab masing-masing
Pilihan raya tersebut menyusul ketika Beijing meningkatkan tekanan untuk mendapatkan pulau itu menerima kedaulatannya.
Beijing alami lebih banyak salji, gelombang sejuk dijangka melanda
Kawasan perbandaran Beijing mengalami lebih banyak salji pada Khamis dengan gelombang sejuk dijangka melanda ibu negara China itu pada Jumaat.
33 maut hujan paling lebat landa Beijing
Sekurang-kurangnya lima pekerja bantuan adalah antara mangsa yang maut. 18 orang lagi mangsa masih hilang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Blinken tiba di China bagi kendurkan ketegangan
Beberapa siri pertemuan dengan wakil kerajaan berpangkat tinggi dirancang sebelum Blinken berlepas pada Isnin.
Gelombang panas landa beijing, suhu cecah 39 darjah Celsius
Bandar raya Beijing mengeluarkan amaran pada tahap oren berikutan suhu tinggi diramal mencecah 39 darjah Celsius pada Jumaat, menurut pihak berkuasa cuaca tempatan.
Diplomat kanan China, AS bincang tingkatkan hubungan dua hala
Perbincangan itu diadakan di Beijing pada 5 Jun, lapor Sputnik yang memetik Kementerian Luar China pada Selasa.
Presiden Xi mahu Beijing terajui bidang sains dan teknologi
China komited meneruskan strategi keterbukaan serta sedia berganding tangan dengan semua untuk mempromosi inovasi sains dan teknologi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.