ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 13 Ogos 2020.

1) Kes positif COVID-19 di Indonesia kini 132,816, kematian 5,968

Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 132,816, manakala 76,515 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus itu.

2) COVID-19: 102 kes baharu di Singapura, 6 kes import

Singapura hari ini melaporkan 102 kes baharu jangkitan COVID-19 dengan enam daripadanya adalah kes import.

3) COVID-19: 14 kes baharu di New Zealand melibatkan satu kluster di Auckland

Terdapat 14 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan di New Zealand dengan 13 kes berkaitan sebuah kawasan kejiranan di Auckland.

4) COVID-19: India sekali lagi catat peningkatkan kes baharu harian tertinggi

India sekali lagi merekodkan jumlah tertinggi kes baharu positif COVID-19 di negara itu dengan 66,999 kes.

5) Menteri Jerman tak percaya vaksin COVID-19 Rusia selamat

Menteri Kesihatan Jerman memberi amaran vaksin koronavirus Rusia tidak diuji sepenuhnya, dan boleh menyebabkan persepsi negatif terhadap penghasilan vaksin baharu.

6) Vaksin COVID-19 'Sputnik V' ciptaan Rusia laris meskipun masih dalam proses ujian klinikal

Biarpun masih di dalam proses ujian klinikal, namun vaksin pertama yang didakwa mampu merawat COVID-19 buatan Rusia dilaporkan sedang laris.

7) Kenderaan warga Thai ditinggalkan di Malaysia semasa PKP kini dibenar masuk ke Thailand

Kenderaan milik warga Thai yang ditinggalkan di Malaysia kerana pulang ke kampung halaman dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik COVID-19, kini dibenarkan masuk ke negara mereka secara berperingkat.

8) COVID-19: 20.4 juta kes positif di seluruh dunia

Sebanyak 200,000 kes baharu COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam di dunia menjadikan kes kumulatif global kini mencecah 20.43 juta.

9) Kerana seekor ayam, lelaki ini didenda RM813

Seorang lelaki berusia 83 tahun didenda sebanyak AS$194.77 (RM813) kerana ayam jantan miliknya berkokok tanpa henti pada waktu pagi.

10) Parlimen Lubnan mula bersidang buat pertama kali selepas tragedi letupan

Ahli-ahli Parlimen Lubnan mula bersidang buat pertama kalinya pada Khamis selepas berlakunya tragedi letupan dahsyat yang menghancurkan sebahagian besar bandar raya Beirut minggu lalu.