ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 26 Ogos 2020.

1) Banjir di Pakistan: Helikopter digunakan untuk pindahkan mangsa terjejas

Helikopter penyelamat dihantar di bandar pelabuhan selatan Karachi, Pakistan bagi memindahkan lebih 200 keluarga akibat hujan lebat yang membanjiri bandar itu.

2) Replika 'pocong' diusung sebagai peringatan bahaya COVID-19

Prihatin dengan jumlah korban COVID-19 yang terus meningkat, anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) di daerah Jombang, Jawa Timur tampil dengan kaedah unik mengusung replika jenazah.

3) Dipujuk lakukan perubatan mistik, remaja 16 tahun sebaliknya dibunuh kekasih kerana hamil

Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditemukan mati dengan tangan berikat di sebatang sungai di Desa Rejo Agung, Kecamatan Tegineneng, Indonesia.

4) Wanita dakwa 'diberi nasihat' untuk kelar leher, buang mayat anak dalam tong sampah

Seorang wanita di Fort Worth, Texas, Amerika Syarikat mendakwa 'diberi nasihat' untuk membunuh anak perempuannya sebelum membuang mayat kanak-kanak itu ke dalam tong sampah

5) Insiden minyak bocor di Mauritius jejas kehidupan terumbu karang, pokok bakau

Insiden kebocoran minyak dari sebuah kapal tangki Jepun di perairan Mauritius telah menyebabkan terumbu karang dan pokok bakau di perairan tersebut rosak.

6) 'Risiko lebih tinggi jika tidak ke sekolah' - PM Britain beri jaminan kepada ibu bapa, pelajar

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menzahirkan jaminan bahawa pembukaan sekolah buat masa ini masih dalam kategori selamat meskipun negara diancam COVID-19.

7) Israel umum jalin hubungan diplomatik rasmi dengan UAE

Israel umum akan menyertai Penasihat Rumah Putih, Jared Kushner di Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk memulakan perjanjian usahasama selain menjalin hubungan diplomatik secara rasmi.

8) COVID-19: China pertimbang sertai PBB selaras pembangunan vaksin COVAX

China proaktif mempertimbangkan untuk menyertai program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyelaraskan pembangunan vaksin COVID-19 yang dipanggil COVAX.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata pihaknya sedang dalam proses mengkaji dan meneliti isu berkenaan, khususnya berkaitan dengan COVAX.

9) COVID-19: Kes positif seluruh dunia hampir 24 juta, kematian lebih 815,000

Lebih 200,000 kes baharu positif COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam di seluruh dunia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif global menghampiri 24 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 5.76 juta kes jangkitan.

10) Wanita minta cerai, rimas suami terlalu penyayang

Hanya kerana suaminya terlalu menyayanginya dan tidak pernah bertengkar, seorang wanita di Uttar Pradesh, India menuntut perceraian di mahkamah selepas 18 bulan mendirikan rumah tangga.