ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 24 September 2020.

1) Lebih 6,000 kematian direkod dalam 24 jam, korban COVID-19 cecah 974,000

Angka kematian akibat COVID-19 terus meningkat. Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah korban meningkat lebih 6,000 kes dalam tempoh 24 jam.

2) COVID-19: Indonesia catat 4,634 kes positif baharu, jumlah kematian kini lepasi angka 10,000

Indonesia mencatatkan 4,634 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sehingga kini sejak kes pertama dikesan di republik itu pada 2 Mac 2020.

3) Kilang cuci dan jual semula kondom terpakai diserbu

Polis Vietnam menyerbu sebuah kilang yang mengitar semula kondom terpakai di Selatan Bandar Ho Chi Minh.

Serbuan dilakukan selepas mendapat maklumat daripada penduduk tempatan.

4) COVID-19: Singapura catat 15 kes baharu

Singapura yang sedang merangka hala tuju pembukaan semula fasa ketiga dan keempat sektor ekonomi dan aktiviti sosial, mengesahkan pertambahan 15 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam.

5) 'Vaksin harus tersedia untuk semua' - Desakan memuncak pada Perhimpunan Agung PBB

Beberapa ketua negara menggesa agar akses kepada vaksin COVID-19 diberikan secara adil ke seluruh dunia apabila ia tersedia nanti.

Gesaan itu dibuat ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-75, pada Rabu.

6) Raja Arab Saudi berucap di UNGA selepas beberapa dekad

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul aziz berucap di pentas Perhimpunan Agung PBB ke-75 menerusi rakaman video. Ini ucapan kali kedua pemerintah dari Arab Saudi berucap di perhimpunan badan dunia itu.

7) California larang penjualan kenderaan petrol pada 2035

Gabenor California Gavin Newsom menandatangani Perintah Eksekutif yang melarang penjualan kenderaan baharu berkuasa petrol di negeri itu pada 2035.

Menurut perintah berkenaan, pada tahun itu, semua kereta baharu dan trak penumpang yang dijual di California diwajibkan terdiri kenderaan tanpa pelepasan gas.

8) Pegawai perikanan Korea ditembak mati, mayat dibakar

Tentera Korea Utara didakwa menembak mati seorang Pegawai Perikanan Korea Selatan yang hilang dari kapal peronda. Mangsa berusia 47 tahun sebelum itu menaiki kapal peronda berhampiran sempadan barat kepulauan Yeonpyeong.

9) Isu peralihan kuasa: Joe Biden bidas kenyataan Donald Trump

Kenyataan Donald Trump itu mendapat reaksi segera pesaingnya, Joe Biden Semasa pulang dari kempen di North Carolina, Biden berkata, beliau tidak tahu apa bermain di fikiran Trump sehingga beliau boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian.

10) Hartawan air botol pintas kedudukan Jack Ma sebagai orang paling kaya di China

Hartawan yang juga pengasas Alibaba.com Jack Ma bukan lagi orang paling kaya di China.

Kedudukannya itu dipintas pemilik perniagaan air botol Zhong Shanshan yang kini digelar hartawan terkaya di negara itu.