ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 25 September 2020.

1) Thailand ambil tindakan undang-undang terhadap Facebook, Twitter

Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand pada Khamis memfailkan aduan kepada polis jenayah siber terhadap Facebook dan Twitter kerana mengabaikan permintaan untuk menyekat kandungan yang disifatkan menyalahi undang-undang terhadap pemerintahan beraja Thailand.

2) COVID-19: Kes positif global cecah 32 juta

Kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan mencatatkan angka mencecah 32 juta pagi ini.

Ini berikutan lebih 1 juta jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

3) COVID-19: Angka korban global cecah 979,900

Angka korban akibat COVID-19 terus meningkat.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kematian global meningkat lebih 12,000 kes dalam tempoh 24 jam.

4) 'Ayuh! Bina semula dunia kita' - Mesej harapan BTS berkumandang di PBB

Kumpulan K-pop sensasi Korea Selatan BTS menyampaikan "mesej harapan" dalam satu video pra-rakaman yang disiarkan oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) pada Khamis.

Ia sebagai sebahagian daripada acara Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) ke-75.

5) COVID-19: Singapura catat 11 kes baharu

Singapura yang masih dalam rundingan dengan Malaysia bagi membuka semula sempadan untuk mereka yang berulang-alik antara kedua-dua negara, mencatatkan 11 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas.

6) COVID-19: Jangkitan baharu di Indonesia hampir cecah angka 5,000 kes

Jangkitan COVID-19 di Indonesia terus membimbangkan selepas mencatatkan 4,823 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sehingga kini sejak kes pertama dikesan di republik itu pada 2 Mac 2020.

7) Berjaya kesan 39 periuk api, Magawa si tikus raksasa Afrika diberi anugerah

Seekor tikus di Kemboja dianugerahkan pingat emas kerana berjaya mengesan 39 periuk api dan 28 bahan peledak yang tidak meletup sejak mendapat latihan oleh badan amal tempatan.

8) Jumlah penduduk Singapura susut buat pertama kali sejak 17 tahun lalu

Buat pertama sejak 17 tahun, jumlah penduduk Singapura susut susulan kemelut ekonomi akibat pandemik COVID-19, yang menyaksikan pekerja asing berkurangan.

9) Petani di India mogok, bantah undang-undang baharu kerajaan

Ratusan petani di India turun ke jalanan pada hari Jumaat bagi memprotes undang-undang baru kerajaan yang akan meningkatkan pertumbuhan di sektor pertanian melalui pelaburan swasta.

10) Four stabbed in Paris attack, suspect arrested: Officials

Four people were stabbed on Friday near the former offices of the Charlie Hebdo satirical magazine in Paris that was attacked by Islamist militants over five years ago, Prime Minister Jean Castex said, and police said a suspect had been arrested.