ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 26 September 2020.


1) COVID-19: Kes positif global 32.4 juta

JUMLAH kumulatif kes positif global COVID-19 kini mencecah 32,406,883.

Ini berikutan lebih 380,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.


2) COVID-19: Angka korban global lebih 987,000 kes

ANGKA kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia meningkat lebih 6,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kumulatif kematian global akibat koronavirus tersebut kini mencecah 987,036


3) 'Nenek perkasa' ini jadi trend baharu, orang muda bertubuh lemah sangat tercabar!

Usia bukan penghalang untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik dan menawan. Terbaharu seorang nenek berusia 68 tahun berjaya mencuri tumpuan dengan kondisi tubuh yang 'padu' walaupun usianya sudah lanjut.

Kisah tentang kesihatan dan kecergasan nenek 'perkasa' dari kota Shanghai itu kini menjadi subjek trending terbaharu China apabila popularitinya melonjak dalam tempoh beberapa bulan, sekali gus menjadi tajuk utama kebanyakan media utama di negara itu.


4) Cerita pilu suami kematian isteri akibat COVID-19 ini merobek hati netizen

KEHILANGAN orang yang tersayang merupakan satu perkara yang amat menyedihkan bagi semua insan tidak kira lelaki atau wanita, miskin atau kaya.

Perasaan sedih pilu tentunya akan menyelubungi setiap individu yang kehilangan orang yang disayangi. Kehilangan yang akan menjadi kerinduan yang tidak berpenghujung.


5) Serangan belalang juta musnahkan 500 hektar kawasan tanaman di Namibia

Namibia memasuki fasa terdesak untuk mengawal penularan dahsyat tahun ini, namun bukan pandemik COVID-19 yang dimaksudkan.

Kehadiran kumpulan belalang juta yang menyuramkan langit juga tidak kurang menakutkan.


6) COVID-19: 20 kes baharu di Singapura

Singapura mencatatkan 20 lagi kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu kepada 57,685.

Dalam data ringkas yang dikeluarkan di sini hari ini, Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu berkata terdapat lima kes import yang diserahkan Notis Duduk di Rumah sebaik sahaja mereka tiba di Singapura.


7) Kematian Sushant Singh: Deepika Padukone dipanggil polis untuk rakam kenyataan

Polis India telah memanggil bintang popular Bollywood, Deepika Padukone, 34, bagi mendapatkan kenyataannya untuk membantu siasatan membabitkan kes dadah susulan kematian pelakon Sushant Singh Rajput.

Selain Deepika, tiga pelakon Bollywood lain turut ditahan Biro Pengawalan Narkotik (NCB) iaitu Sara Ali Khan, Shraddha Kapoor dan Rakul Preet Singh.


8) COVID-19: Indonesia catat 4,494 kes positif baharu

Indonesia mencatatkan 4,494 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini mencecah 271,339.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 119,379 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.


9) Isteri, 20 kakitangan Gabenor Bali positif COVID-19

Seramai 20 kakitangan di kediaman rasmi Gabenor Bali, I Wayan Koster disahkan positif COVID-19.

Ketika Koster serius mengajak seluruh masyarakat di pulau peranginan itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan penularan pandemik COVID-19, kediaman rasminya pula kini menjadi kluster baharu.



10) COVID-19: Dua kru kabin warga asing antara tiga kes baharu di Thailand

Thailand melaporkan tiga kes baharu jangkitan COVID-19, termasuk dua kru kabin warga asing, manakala sifar kematian bagi tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlahnya kepada 3,522 kes dan 59 kematian.

Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) dalam satu kenyataan memaklumkan dua kru kabin itu adalah seorang lelaki Jerman berusia 49 tahun yang tiba di Thailand pada 20 Sept dan lelaki Turki berusia 51 tahun, tiba di negara ini pada 21 Sept.