ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 29 September 2020. 

1) Korban COVID-19 di seluruh dunia cecah 1 juta

Statistik John Hopkins University mendedahkan jumlah kumulatif kematian global akibat penyakit itu kini melebihi 1,000,555 orang.

2) COVID-19: Jangkitan di Indonesia kini 282,724 kes, hotel turut dijadikan hospital sementara

Pemerintah Indonesia kini menjadikan hotel di Jakarta sebagai tempat kuarantin dan merawat pesakit COVID-19, berikutan peningkatan drastik jangkitan serta hospital di provinsi itu dilaporkan mula mencapai kapasiti penuh.

3) COVID-19: Singapura catat 27 kes baharu, sembilan kes import

Singapura dalam pengesahan awal melaporkan tambahan 27 kes jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan sembilan kes import.

4) COVID-19: 12 anak kapal persiaran Greece positif

Sebuah kapal persiaran dengan bendera Malta tiba di pelabuhan utama di Greece pada Selasa bagi membolehkan penumpang dan anak kapalnya menjalani ujian saringan COVID-19.

5) COVID-19: Rusia catat lebih 8,000 kes baharu

Rusia mengesahkan 8,135 kes baharu positif COVID-19 direkodkan di negara itu dalam tempoh 24 jam lepas.

6) Emir Kuwait, Sheikh Sabah meninggal dunia pada usia 91 tahun

Emir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Sabah dilaporkan meninggal dunia pada Selasa. Sheikh Sabah Al-Ahmad dilaporkan menghembus nafas terakhir pada usia 91 tahun.

7) Kecewa dengan Menteri Kesihatan Indonesia, Najwa Shihab 'interview kerusi kosong'

Tindakan Najwa itu dikatakan kerana beliau dan pihak produksi Mata Najwa kecewa dengan Terawan yang berkali-kali menolak undangan untuk muncul dalam rancangan tersebut.

8) Dapat rumah seluas 290 kaki persegi, golongan miskin Hong Kong ini rasa seperti 'syurga'!

Kehidupan awam di kota Hong Kong tidak seperti yang dibayangkan dalam variasi filem komersial yang mempamerkan kehidupan urban kosmopolitan yang bergaya.

9) Perancis haramkan penggunaan haiwan liar dalam persembahan sarkas

Perancis akan secara berperingkat mengharamkan penggunaan hidupan liar dalam persembahan sarkas, seterusnya mahu menghentikan pertunjukan paus dan lumba-lumba.

10) Singapore Airlines batalkan tawaran 'penerbangan tanpa hala tuju'

SIA membatalkan rancangannya menawarkan ‘penerbangan tanpa hala tuju’ selepas mengkaji semula pelbagai faktor temasuk kesan kepada alam sekitar dan kemampuan kewangan.