KUALA LUMPUR :ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 16 Oktober 2020.

1) Indonesia catat 4,411 kes COVID-19 baru, 112 kematian

Indonesia mencatatkan 4,411 kes baharu jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini 349,160 kes.

2) Australia terima penumpang New Zealand tanpa perlu kuarantin

Penumpang pesawat dari New Zealand selamat tiba di Sydney, Australia pada Jumaat buat pertama kali selepas lima bulan tidak dibenarkan membuat perjalanan udara.

3) Trump diasak kutukan Biden dan isu ujian saringan COVID-19

Rakyat Amerika Syarikat (AS) kini terpaksa memilih untuk mendengar dialog awam daripada calon parti Demokratik, Joe Biden atau calon daripada parti Republikan, Donald Trump

4) COVID-19: Risiko dijangkiti dalam pesawat adalah rendah - Kajian

Kajian oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat mendedahkan ketika penumpang duduk dengan memakai pelitup muka, hanya 0.003 peratus partikel udara di dalam zon pernafasan seseorang penumpang adalah berjangkit, walau setiap kerusi dipenuhi.

5) COVID-19: Kamala Harris gantung kempen, dua petugas positif pandemik

Calon Naib Presiden Demokrat, Kamala Harris menggantung sementara kempennya selepas dua petugas disahkan positif COVID-19.

6) Dana COVID-19 dijumpai pada seluar dalam, Senator Brazil didesak letak jawatan

Seorang senator di Brazil didesak meletakkan jawatan setelah polis menemukan wang tunai yang disembunyikan pada seluar dalamnya semasa rumahnya digeledah

7) Twitter alami gangguan teknikal pagi ini

Pengguna di seluruh dunia melaporkan aplikasi itu gagal diakses hampir sejam yang lalu dan memaparkan mesej "Twitter is temporarily over capacity" (Twitter melepasi kapasiti buat sementara waktu) atau "Something went wrong" (Ada sesuatu yang tidak kena)

8) Valentino Rossi positif COVID-19 

Juara dunia MotoGP tujuh kali, Valentino Rossi, positif COVID-19. Ini bermakna dia bakal terlepas aksi MotoGP Aragon.

9) Polis Thailand beri amaran, penunjuk perasaan protes secara aman

Polis Thailand memberi amaran keras kepada kumpulan penunjuk perasaan bahawa mereka berdepan pendakwaan sekiranya meneruskan demonstrasi.

10) YouTube haramkan Qanon, kandungan teori konspirasi sasar individu

YouTube akan mengharamkan kandungan yang menyasarkan individu atau kumpulan menggunakan teori konspirasi seperti Qanon atau Pizzagate yang telah digunakan untuk membenarkan keganasan di dunia nyata.