ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 22 Oktober 2020.
1) COVID-19: Jumlah kes positif cecah 41 juta, korban lebih 1.12 juta
Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini melepasi 41 juta kes.
Ini berikutan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.
2) COVID-19: Kesan ekonomi malap, lebih buruk berbanding krisis kewangan 2009 - EU
Pesuruhjaya ekonomi Eropah, Paolo Gentiloni memberi amaran kepada anggota Parlimen Eropah mengenai kesan ekonomi malap akibat krisis COVID-19 dalam blok itu.
Memetik angka yang dikeluarkan oleh dana kewangan antarabangsa, beliau menganggarkan kesan ekonomi daripada wabak itu untuk 2020 akan dua kali lebih buruk daripada krisis kewangan 2009.
3) COVID-19: Sukarelawan maut, ujian vaksin di Brazil diteruskan
Ujian klinikal bagi vaksin yang dibangunkan AstraZeneca dan Universiti Oxford di Brazil tetap diteruskan biarpun selepas kematian seorang sukarelawan.
Universiti Oxford memaklumkan penilaian mendapati kematian sukarelawan itu tidak melibatkan isu keselamatan.
4) Menteri Kesihatan Jerman positif COVID-19
Menteri Kesihatan Jerman, Jens Spahn disahkan positif COVID-19.
Kementerian Kesihatan negara itu mengesahkan Spahn kini menjalani kuarantin di rumah dan proses mengesan kontak rapat sedang dijalankan.
5) Sering buat panggilan lucah, lelaki dipukul dua beranak hingga mati
Seorang lelaki maut dipukul dua wanita selepas didakwa kerap membuat panggilan lucah.
Suspek yang merupakan seorang ibu berusia 50 tahun didakwa memukul lelaki itu setelah mangsa sering mengganggu dan anak perempuannya yang berusia 32 tahun, lapor Times Of India.
6) COVID-19: UK rekod kes harian tertinggi
Jumlah kes jangkitan COVID-19 di United Kingdom mencatat peningkatan harian tertinggi pada Rabu dengan 26,688 orang lagi diuji positif - kenaikan 25 peratus berbanding Selasa.
Jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 789,229, menurut data kerajaan lapor Agensi Anadolu.
7) Sanjay Dutt menang 'pertempuran' melawan barah paru-paru
Berkongsi berita gembira dengan peminatnya, aktor tersohor Bollywood, Sanjay Dutt mengumumkan dia akhirnya berjaya ‘menewaskan’ barah paru-paru yang dihidapinya baru-baru ini.
Dalam catatan yang disiarkan di media sosial, Sanjay berkata, penyakit itu telah membawa banyak kepayahan dan kesulitan kepada dia dan keluarganya.
8) Kumpulan K-pop terdedah kakitangan perfileman positif COVID-19
Dua individu yang bertugas di set penggambaran yang melibatkan sebuah kumpulan K-Pop telah disahkan positif jangkitan COVID-19.
Tatkala sesi penggambaran sedang berlangsung, kedua-dua kakitangan berkenaan dimaklumkan oleh Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Seoul cawangan Gangnam bahawa mereka berkemungkinan merupakan kontak rapat kepada pesakit COVID-19.
9) Obama gesa Demokrat keluar beramai-ramai undi Biden
Pengundi Amerika Syarikat perlu keluar seramai mungkin untuk memastikan calon presiden Demokrat Joe Biden mencatat kemenangan besar sehingga tidak mampu dicabar Presiden Donald Trump, seru bekas presiden Barack Obama pada perhimpunan di Philadelphia, Pennsylvania, satu daripada kawasan panas pengundian itu.
10) COVID-19: CDC Amerika Syarikat tukar definisi kontak rapat
Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mentakrifkan semula terma kontak rapat iaitu memasukkan pertemuan yang singkat namun berulang.
CDC memberi perincian, kontak rapat kini bermaksud, individu yang menghabiskan sejumlah masa selama lebih 15 minit dalam tempoh 24 jam, walaupun tidak secara berterusan.
Khairunnisa Kasnoon
Thu Oct 22 2020
Antara pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 21 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.