ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 27 Oktober 2020.

1) Gerakan demokrasi Thailand gesa Jerman siasat Raja Vajiralongkorn

Protes pro-demokrasi di Thailand mendesak Kedutaan Jerman supaya memohon kepada Canselor Angela Merkel untuk melancarkan siasatan ke atas Raja Thailand. 

2) Pencemaran udara di New Delhi kembali meningkat selepas sekatan tamat 

Ibu kota India dilanda jerebu apabila industri kembali dibuka dan kerja-kerja pembinaan beroperasi semula susulan penamatan sekatan COVID-19. 

3) Taufan Molave: Lebih sejuta penduduk Vietnam dipindahkan 

Proses pemindahan itu berlangsung ketika beberapa wilayah negara itu masih bergelut dengan bencana banjir yang masih belum surut.

4) Serangan bom di sekolah, 8 pelajar disah maut, angka korban dijangka meningkat

Sekurang-kurangnya lapan pelajar terbunuh sementara 136 yang lain cedera dalam satu letupan bom ketika kelas bermula di sebuah sekolah agama di Pesahawar, Pakistan.

5) Isu karikatur Nabi Muhammad: Umat Islam serata dunia protes

Protes itu juga sebagai respons kepada Presiden Perancis Emmanuel Macron yang mempertahankan tindakan seorang guru yang mati dibunuh kerana membawa kartun itu ke dalam kelasnya dengan alasan hak kebebasan bersuara.

6) Islamofobia di Perancis: Anwar utus surat terbuka kepada Macron

Kenyataan yang dikeluarkan Presiden Perancis, Emmanuel Macron amat menyinggung perasaan lantaran ia tidak berasas sama sekali.

7) Medicago bakal bekalkan 76 juta dos vaksin COVID-19 berasaskan tumbuh-tumbuhan - PMI

Philip Morris International (PMI) mengumumkan anak syarikatnya, Medicago mencapai persetujuan dengan kerajaan Kanada untuk mempercepatkan usaha penghasilan vaksin COVID-19. 

8) COVID-19: Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai kembali sibuk

Lapangan terbang paling sibuk di dunia, Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai kembali sibuk selepas lama menyepi akibat penularan COVID-19. 

9) Eropah perlu pendekatan serius bendung penularan - WHO

Eropah memerlukan satu pendekatan serius untuk memerangi COVID-19, sekurang-kurangnya dalam usaha pengesanan kontak rapat.